-Wuduk amat penting untuk beribadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. oleh itu, ianya amat penting dalam islam dan semua umat islam perlu mengetahui cara berwuduk yang betul dan tepat. ini membolehkan solat lima waktu kita tidak sah dan batal.solat sangat penting kerana solat ialah tiang agama dan terdapat dalam rukun islam. jadi wajiblah setiap daripada kita mempelajarinya dan mengajar kepada yang lain. Yang saya berikan ini hanya asas untuk berwuduk. jika mahu lebih mendalam moleklah ditanya terus dengan para ustaz.....
cara berwuduk:
1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.
3. Berkumur-kumur 3X.
4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.
5. Menyebut lafaz niat wuduk : Nawaitu raf- al hadasil asghar lillahi taaala. Sambil membasuh seluruh muka 3X.
6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.
7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.
8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.
9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.
10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.
11. Menghadap kiblat dan berdoa:
Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah,
Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh,
Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minal
Mutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.
==by zulkhairi==
No comments:
Post a Comment