ADAB SESAMA RAKAN.
-Kita perlulah menghormati kawan kita walaupun dimana jua. Inilah didikan Agama Islam terhadap penganutnya. Kita perlu hormati semua orang walaupun berlainan Agama dan Bangsa. dibawah ini saca nyatakan secara ringkas adab sesama rakan .ianya tertumpu kepada pelajar. harap anda dapat memahami dan menghayati perkara-peerkara yang dinyatakan di bawah :~selamat beramal...........
- Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri dan memberi layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur mereka.
- Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki dengan pelajar lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan pihak pentadbir sekolah agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama.
- Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa sesama sendiri.
- Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah.
- Pelajar harus menghormati budaya dan agama pelajar lain.
- Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan menghormati perbezaan ini.
- Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa menghormatinya.
- Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan sehingga menyinggung perasaan pelajar lain. Dia harus berani mengaku kesalahan dan kelemahan diri.
- Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti pelajar lain adalah dilar~ang sama sekali.
~by zuhri~
No comments:
Post a Comment