Wednesday, January 5, 2011

ADAB SESAMA RAKAN

ADAB SESAMA RAKAN.

-Kita perlulah menghormati kawan kita walaupun dimana jua. Inilah didikan Agama Islam terhadap penganutnya. Kita perlu hormati semua orang walaupun berlainan Agama dan Bangsa.  dibawah ini saca nyatakan secara ringkas adab sesama rakan .ianya tertumpu kepada pelajar. harap anda dapat memahami dan menghayati perkara-peerkara yang dinyatakan di bawah :~selamat beramal...........



  • Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri dan memberi layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur mereka.

  • Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki dengan pelajar lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan pihak pentadbir sekolah agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama.

  • Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa sesama sendiri.

  • Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah.

  • Pelajar harus menghormati  budaya dan agama pelajar lain.

  • Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan menghormati perbezaan ini.

  • Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa menghormatinya.

  • Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan sehingga menyinggung perasaan pelajar lain. Dia  harus berani mengaku kesalahan dan kelemahan diri.

  • Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti pelajar lain adalah dilar~ang sama sekali.

~by zuhri~

Adab Masuk Masjid


ADAB KETIKA MASUK














1.       Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan 

2.       Berdoa ketika masuk
أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلطَانِهِ القَدِيمِ مِن الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ، اَللّهُمَّ اغْفِر لِي ذُنُوبِي وَافْتَح لِي أَبوَابَ رَحمَتِكَ
 Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah ! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu
3.       Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid 

4.       dan keluar dengan langkah kiri serta berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Ibn Umar r.a. Daripada Aisyah r.a, ( riwayat Muslim ) sabda rasulullah saw :
إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك
Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah ia berkata : Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu. Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”


_ARIF HAKIMI_

Monday, January 3, 2011

RASUL ULUL 'AZMI

   Sejarah Rasul ULUL 'AZMI




    -diceritakan terdapat seramai 124000 orang nabi, dan 313 orang daripada nabi-nabi tadi yang    dilantik menjadi rasul.
    -Rasul dilantik oleh Allah untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya    
     mentauhidkan Allah.
    - dikalangan rasul-rasul yang dilantik.terdapar 5 orang sahaja yang layak digelar Ulul 'Azmi iaitu 
      Rasul pilihan dan agung.mereka yang terpilih ialah:
              
                >Nabi Muhammad SAW.
                >Nabi Ibrahim a.s
                >Nabi Musa a.s
                >Nabi Isa a.s

                >Nabi NUh a.s  


by zul

Sunday, January 2, 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA.......

Pada bulan ramadhan kita diwajibkan berpuasa. ini untuk menguji kesabaran kita untuk menahan dari makan dan minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa. untuk itu, saya menyatakan beberapa perkara yang membatalkan puasa seperti:
  1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
  2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Melakukan persetubuhan pada siang hari
  5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
  6. Keluar darah haid dan nifas
  7. Gila
  8. Mabuk atau pengsan pada siang hari
  9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
  10. Murtad

==by zulkhairi==

Mari Berwuduk

-Wuduk amat penting untuk beribadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. oleh itu, ianya amat penting dalam islam dan semua umat islam perlu mengetahui cara berwuduk yang betul dan tepat. ini membolehkan solat lima waktu kita tidak sah dan batal.solat sangat penting kerana solat ialah tiang agama dan terdapat dalam rukun islam. jadi wajiblah setiap daripada kita mempelajarinya dan mengajar kepada yang lain. Yang saya berikan ini hanya asas untuk berwuduk. jika mahu lebih mendalam moleklah ditanya terus dengan para ustaz.....

cara berwuduk:


1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.


2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.


3. Berkumur-kumur 3X.


4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.


5. Menyebut lafaz niat wuduk : Nawaitu raf- al hadasil asghar lillahi taaalaSambil membasuh seluruh muka 3X.


6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.


7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.


8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.


9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.


10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.


11. Menghadap kiblat dan berdoa:
Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah,
Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh,
Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minal
Mutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.


==by zulkhairi==